KARNIVAL KITA MADANI X PROGRAM MADANI RAKYAT 2025
18 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniMajlis Perasmian Karnival Kita MADANI x Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Johor
Pada 17 Mei 2025 Timbalan Menteri Komunikasi, YB Puan Teo Nie Ching telah merasmikan Karnival Kita MADANI x Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Johor bertempat di Dewan Sri Stulang, di sini. Ketibaan YB Teo Nie Ching disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Malaysia, Encik Kamaruzaman Nik Husin dan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Puan Julina Johan.
Karnival ini diadakan sebagai pembuka tirai Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Johor yang akan berlangsung pada 23 Mei hingga 25 Mei ini di Toppen Shopping Mall, Taman Desa Tebrau.
Antara pengisian acara pada karnival ini ialah Taklimat Internet Selamat yang disampaikan oleh Encik Fahrulrazi Hashim dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Johor , Pameran keselamatan siber dan jenayah kewangan oleh PDRM, NFCC dan agensi berkaitan, aktiviti komuniti seperti Semarak Subuh, senamrobik, pertandingan mewarna, E-sports, busking rakyat dan Kenduri Rakyat MADANI serta jualan RAHMAH yang menawarkan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan.Turut hadir, Pegawai Daerah Johor Bahru Tuan Mohd Masni Wakiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Stulang YB Tuan Andrew Chen Kah Eng.
Program seperti ini bukan sekadar hiburan, tetapi menjadi platform untuk mengeratkan lagi perpaduan, menyebar ilmu dan memperkasakan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: