dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Komuniti Madani : Program Khas Kemerdekaan Dan Hari Malaysia @ NADI 2025

8 September 2025 | Aktiviti Terkini

Program Khas Kemerdekaan Dan Hari Malaysia @ NADI ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Komunikasi (MCMC) untuk mempromosikan NADI dan menanamkan semangat patriotik di dalam jiwa komuniti setempat. Program ini merupakan satu permintaan khas yang dibuat sendiri oleh YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Jadi telah berlangsung program tersebut secara serentak di 1097 buah NADI diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Program ini dibuat secara bersemuka, dengan ucapan perasmian oleh YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil secara siaran lansung melalui Google Meet. Dan ucapan dari pengurus NADI sebagai pendahuluan program.

Antara aktiviti yang turut diadakan adalah pertandingan pakaian beragam bagi kanak2, pertandingan kuiz kemerdekaan untuk kategori terbuka, tayangan filem patriotik dan kibaran jalur gemilang beramai-ramai bersama YB Menteri Komunikasi. Jamuan juga turut dihidangkan kepada semua para peserta yang hadir memeriahkan lagi program tersebut.

Tahniah kepada semua NADI seluruh Malaysia di atas penganjuran program ini secara serentak. Program ini berjaya dijalankan dengan meriah dan mendapat sambutan baik dari komuniti setempat. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi bagi memupuk semangat cintakan negara di kalangan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.