dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

TAKLIMAT BELANJAWAN 2026 BERSAMA KOMUNITI MADANI DAERAH KULAI & KOTA TINGGI

24 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2025 pihak Jabatan Penerangan Daerah Kulai dengan kerjasama ICU Johor telah menganjurkan Program Taklimat Belanjawan 2026 Bersama Komuniti MADANI bagi daerah Kulai dan Kota Tinggi. Program ini telah berlangsung di Bangunan GPW Felda Taib Andak, yang menghimpunkan wakil Komuniti MADANI bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai inti pati Belanjawan 2026 serta inisiatif kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Mahnom binti Mohyiddin, Penolong Pengarah Cawangan Media Siber, Jabatan Penerangan Negeri Johor dan Puan Suhaila binti Jalil, Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan.

Turut hadir, Encik Zulkifli Salleh, Ketua Kampung Felda Taib Andak, Puan Hajah Norasilah binti Ibrahim, Pegawai Penerangan Daerah Kulai, Encik Mohd Nasharuddin bin Mohd Shah, Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi serta Puan Kamala Diwi Arif, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita Felda Taib Andak (GPW). Seramai 41 orang telah hadir menjayakan program ini.

Tujuan program ini adalah untuk memberikan penerangan mengenai belanjawan 2026 dan insentif yang akan diberikan kepada komuniti pada tahun 2026 serta memberi peluang kepada wakil Komuniti Madani bertanya terus kepada pegawai yang berkenaan agar maklumat jelas dan sampai kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.