Pertandingan Mobile Legend Bang Bang Peringkat Saringan NADI Felda Taib Andak
19 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x E-Sukan merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, Pihak NADI x E-sukan akan mengadakan pertandingan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) di bagi sesi 2025. Pada 18 Mac 2025, NADI Felda Taib Andak telah mengadakan pertanidngan MLBB di peringkat saringan NADI Felda Taib Andak bagi memilih juara pasukan untuk mewakili NADI Felda Taib Andak ke pertandingan MLBB peringkat Negeri.
Pertandingan ini dijalankan di NADI Felda Taib Andak dengan penyertaan sebanyak 3 kumpulan yang bertanding terdiri daripada 17 orang pemain. Selain itu, taklimat kesedaran E-Sukan turut ditayangkan sebelum pertandingan bermula. Selain itu juga, pemeriksaan kesihatan juga turut dijalankan kepada setiap pemain sepanjang sesi pertandingan berlangsung.
Pertandingan MLBB ini berlangsung dengan meriah dan pertarungan yang sangat hebat diantara kumpulan yang menyertai. Progam ini bertujuan untuk memupuk minat komuniti dan pelajar dalam dunia E-Sukan dimana mereka boleh mendapatkan manfaat dalam bidang ini. Serta dapat membuka peluang kerjaya kepada mereka dimasa akan datang. Selain itu dapat membantu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara NADI dan penduduk setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: