NADI Launching : NADI Tmn Sri Skudai, Johor
2 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniDengan selarasnya pertukaran nama PeDi ke NADI, pihak MCMC telah merancang untuk menubuhkan beberapa NADI baru di seluruh Malaysia, terdapat NADI baru yang telah siap sedia beroperasi di Johor. Salah satu nya ialah NADI Taman Sri Skudai.
Program Launching : NADI Taman Sri Skudai, Johor ini telah dirasmikan oleh YB Puan Marina Binti Ibrahim, ADUN Skudai. Turut hadir wakil dari pihak MCMC Johor, DUSP (MAXIS), TP (ETD) dan Pengurus NADI Felda Taib Andak, Semanggar Dalam dan Senai.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna bagi pelajar TADIKA KEMAS, Taklimat Tiny Techies, Taklimat Awareness, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Program E-Kelas, dan pameran keusahawanan.
Program-program ini bertujuan untuk memperkasa komuniti dengan inovasi terkini dan kemajuan teknologi yang akan meningkatkan potensi dan kemahiran kominiti luar bandar. Selain itu, dapat memperkenalkan NADI Taman Sri Skudai kepada penduduk setempat agar dapat membantu mereka mengakses perkhidmatan yang bakal dijalankan di NADI Taman Sri Skudai. Selain itu dapat membantu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara NADI dan penduduk setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: