NADI x Kempen internet selamat : Berita Palsu
20 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x Kempen Internet Selamat merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, webinar Kempen Internet Selamat (Berita Palsu) ini berlangsung dengan jayanya. Webinar ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dengan kehadiran seramai 3 orang peserta terdiri daripada pelajar berumur 7 tahun hingga 12 tahun.
Objektif webinar ini diadakan untuk mengajar peserta tentang ciri dan cara berita palsu ini berlaku. Selain itu, para pelajar juga dapat memahami akan bahaya dan kesan berita palsu ini terhadap negara, agama, sesebuah organisasi dan seseorang individu tersebut.
Diharapkan webinar seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: