dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI x Esukan : Kelas Kesedaran (NESDEG)

13 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Selaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x E-Sukan merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, Pihak NADI x E-sukan akan mengadakan kelas kesedaran dan kelas pensijilan bagi setiap bulan iaitu 2 minggu pertama (kelas kesedaran) dan 2 minggu terakhir (kelas pensijilan). Pada 12 Julai 2025, NADI Felda Taib Andak telah mengadakan kelas kesedaran E-sukan dengan tajuk “NESDEG” yang terbahagi kepada dua bahagian.

Terdapat seramai 6 orang peserta telah menyertai program kelas kesedaran NESDEG ini. Kelas kesedaran “NESDEG” ini sangat bermanfaat kepada para peserta. Lebih lagi, para peserta tersebut mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia E-sukan. Dengan adanya kelas-kelas kesedaran dan pensijilan seperti ini, dapat membantu generasi muda yang ini mengembangkan kerjaya mereka dalam dunia E-sukan.

Program seperti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang kelebihan dan manfaat dunia E-sukan kepada komuniti setempat tak kira usia dari kanak-kanak hingga warga emas. Didalam era digitalisasi kini, permainan secara atas talian semakin mendapat perhatian dan mempunyai penggemar mereka tersendiri. Jadi, kewujudan kelas dan program seperti ini sangat membantu komuniti setempat sejajar dengan perkembangan digitalisasi global. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.