Program Libat Urus x Komuniti MADANI Hawariasku
28 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 February 2025, telah berlangsung satu Program Libat Urus Bersama Komuniti MADANI Hawariasku yang bertempat di NADI Felda Taib Andak. Turut hadir Ketua Komuniti Hawariasku Puan Nadia dan Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Taib Andak, Puan Kamaladewi serta wakil dari Pihak JAPEN daerah Kulai.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan tentang NADI dan fungsinya. Taklimat tentang Perkhidmatan Pintar NADI yang bakal dijalankan di NADI Felda Taib Andak dan penerangan mengenai NADI x Komuniti MADANI.
Program ini bertujuan untuk memperkasa komuniti MADANI dengan inovasi terkini dan kemajuan teknologi yang akan meningkatkan potensi dan kemahiran dalam dunia pendigitalan. Selain itu, dapat memperkenalkan NADI Felda Taib Andak kepada Komuniti MADANI Hawariasku. Selain itu dapat membantu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara NADI dan Komuniti MADANI. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: