dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bazar Raya Nadi 2025

23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2025, Bazar Raya NADI 2025 telah diadakan di seluruh NADI di Malaysia yang dijalankan serentak. Seramai empat orang usahawan yang telah turut serta dalam jualan di Bazar Raya ini. Antara yang dijual pada hari tersebut adalah kerongsang tudung, butang baju Melayu, aneka kuih raya, dan sampul duit raya. Program telah berlangsung mulai 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Komuniti setempat turut hadir untuk mencari keperluan Hari Raya.

Selain itu, terdapat juga aktiviti sokongan sepanjang Bazar Raya berlangsung, antara nya ialah Webinar Asas Keusahawanan buat pelajar-pelajar dan usahawan, saringan kesihatan, dan Webinar Safe & Shield.

Diharap akan lebih ramai lagi komuniti yang akan menyertai program bersama NADI Felda Taib Andak dan memberikan manfaat kepada mereka tidak kira peringkat umur serta mengeratkan lagi hubungan NADI bersama komuniti setempat terutamanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.