dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Talk Safe Internet SMA BANDAR TENGGARA

29 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Selaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia, untuk menjalankan program kepada komuniti dan pelajar bagi mencapai KPI 1 Juta Ahli Baharu. Oleh itu, pihak NADI kluster Kulai telah menjalankan program sesi Taklimat “Safe Internet” di sekolah-sekolah daerah Kulai. Pada 28 Oktober 2024, NADI Felda Taib Andak bertanggungjawab dalam memberikan taklimat “Safe Internet” kepada pelajar SMA Bandar Tenggara.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan tentang fungsi dan kelebihan NADI, taklimat keselamatan penggunaan internet, bahaya Scammer, bahaya Cyber Grooming dan sebagainya. Pada akhir program, terdapat sesi kuiz dan hadiah kepada para pelajar yang berjaya menjawab kuiz dengan tepat.

Program-program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar tentang bahaya internet dan cara penggunaan media social dengan betul. Selain itu, bagi memperkasa komuniti dengan inovasi terkini dan kemajuan teknologi yang akan meningkatkan potensi dan kemahiran kominiti luar bandar. Selain itu, dapat membantu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara NADI kluster Kulai. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.