Kelas STEM-IoT
23 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM-IoT 2 ini berlangsung dengan sangat meriah. Kelas ini telah berlangsung dari jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang dengan kehadiran 2 orang peserta. Teknologi dalam pendidikan STEM boleh ditakrifkan sebagai teknologi pendidikan atau pengajaran yang yang digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada murid-murid.
Untuk kelas STEM-IoT kali ini, telah menggunakan medium laman web abcya untuk bermain 2 permainan atas talian iaitu ‘Connecting the dots’ dan ‘Symmetry’ . Ianya adalah satu laman web yang baik untuk pengajaran STEM di mana mengandungi tajuk Matematik, Sains, Kemahiran dan lain-lain. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: