dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 Sesi 2024/2025

19 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Kakitangan PEDi Felda Taib Andak telah menjalankan inisiatif bagi membantu penduduk kampung khususnya di kawasan Felda Taib Andak dan sekitarnya untuk mendaftarkan permohonan atas talian kemasukan Tahun 1 bagi sesi 2024/2025. Inisiatif ini dilakukan bagi memastikan tiada penduduk kampung Felda Taib Andak dan sekitarnya terlepas tarikh untuk mendaftarkan anak mereka ke Tahun 1 bagi sesi 2024/2025.

Pihak PEDi Felda Taib Andak telah membantu lebih kurang 5 orang yang ingin memohon Tahun 1 bagi sesi 2024/2025 untuk anak mereka. Permohonan dilakukan melalui laman idme.moe.gov.my. Setelah permohonan atas talian ini dilakukan, ibubapa harus mencetak beberapa dokumen dan dibawa ke sekolah bersama dokumen-dokumen berkenaan yang lain. Permohonan telah bermula pada 2 Mei 2023 dan akan berakhir pada 30 Jun 2023. Diharapkan ibu bapa yang mempunyai kekangan talian Internet atau apa-apa sahaja, boleh hadir dan mendapatkan khidmat bantuan kakitangan PEDi untuk memohon permohonan ke Tahun 1 bagi sesi 2024/2025.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.