dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program MIV 2023 – Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Di Giatmara Tenggara

19 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Program MIV 2023 – Taklimat Klik dengan Bijak ini berlangsung dengan baik. Program ini telah berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi dengan kehadiran 19 orang peserta yang terdiri dari pelajar Giatmara. Program dimulakan dengan pengenalan Pusat Ekonomi Digital dan selepas itu slot Klik dengan Bijak. Mereka diberi penerangan tentang buli siber, pengantunan dalam talian, terlebih kongsi dan lain-lain.

Setelah taklimat selesai, program diteruskan lagi dengan kuiz KDB. Terdapat 7 soalan yang ditanyakan dan sesiapa yang berjaya menjawab telah diberikan hadiah. Diharapkan program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada pelajar Giatmara dan sesiapa yang terlibat agar lebih berwaspada tentang isu-isu dalam talian yang kian meruncing pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.