dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Di SK LKTP Bukit Batu

31 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Program Taklimat Klik dengan Bijak ini berlangsung dengan baik. Program ini telah berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dengan kehadiran 140 orang murid tahap 2 iaitu Darjah 4 hingga 6. Program dimulakan dengan pengenalan Pusat Ekonomi Digital dan selepas itu slot Klik dengan Bijak. Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang isu-isu dalam talian pada masa kini.

Mereka diberi penerangan tentang buli siber, pengantunan dalam talian, terlebih kongsi dan lain-lain. Setelah taklimat selesai, program diteruskan lagi dengan kuiz KDB. Terdapat lebih kurang 10 soalan yang ditanyakan dan sesiapa yang berjaya menjawab telah diberikan hadiah. Murid-murid juga diberikan peluang untuk menanyakan soalan kepada staf PEDi mengenai Klik Dengan Bijak. Diharapkan program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid SK LKTP Bukit Batu, guru-guru dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak agar lebih berwaspada tentang isu-isu dalam talian yang kian meruncing pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.