dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (Kkjp) Komputer Asas Grafik Anjuran Kemas Dengan Kerjasama Pedi Felda Taib Andak

20 September 2023 | Aktiviti Terkini

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer Asas Grafik Anjuran KEMAS ini berlangsung dengan baik dan sangat meriah. Kursus ini adalah anjuran KEMAS dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Taib Andak. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 17 September 2023 hingga 19 September 2023 (Ahad hingga Selasa) dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang dengan kehadiran 15 orang peserta dan ada di antara mereka yang merupakan usahawan.

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan latihan asas komputer grafik Adobe Photoshop dan Canva kepada para peserta. Dengan itu, mereka dapat meningkatkan ilmu mereka dalam mereka dan mengedit gambar bagi mempromosikan produk-produk mereka.

Di hari terakhir kursus, pihak KEMAS dan PEDi Felda Taib Andak telah menjemput Penolong Pegawai Daerah, Encik Mohd Asnawi bin Ahmat Jupri bagi memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup KKJP ini. Selain itu, turut dijemput Pegawai KEMAS Daerah Kulai dan Ketua Kampung Felda Taib Andak.

Diharapkan kursus seumpama ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak agar dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.