dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022 Peringkat Kg Bahagia, Felda Taib Andak Kulai, Johor

30 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022 telah berlangsung dengan meriah. Sambutan ini telah berlangsung dari jam 7.30 pagi sehingga 11 pagi dengan kehadiran VIP jemputan iaitu YB Dato' Jafni bin Md Shukor ADUN Bukit Permai. Pelbagai program berbentuk kerohanian mahupun kemasyarakatan seperti selawat, berzanji, perarakan dan lain-lain lagi bagi menzahirkan rasa syukur umat Islam kepada Allah SWT.

Tentatif sambutan adalah seperti berikut :

  • 7.30 pagi : Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1444H
  • 8.20 pagi : Ketibaan VIP jemputan
  • 8.30 pagi : Pembukaan majlis dimulakan dengan bacaan berzanji Qari Jemputan Ahmad Jamali bin Malin, Fadhzil Noor bin Mohamed.
    • Bacaan Al-Quran : Qari Mohamad Yusof bin Kassim
    • Ceramah Sambutan YB Dato' Haji Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Negeri Johor)
  • 10.30 pagi : Penyampaian hadiah dan cenderahati
  • 10.40 pagi : Jamuan makan dan bersurai

Sambutan ini diadakan adalah untuk mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Selain itu, mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW selain di samping mengeratkan lagi hubungan komuniti setempat. Diharapkan sambutan seperti ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.