dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Klik Dengan Bijak

16 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2021 , Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak secara online dengan menggunakan Google Form yang bertajuk Pinjaman Tidak Wujud. Selama Program ini berlangsung peserta telah dipertontonkan dengan video yang menerangkan apa yang dimaksudkan dengan pinjaman tidak wujud dan bagaimana pinjaman tidak wujud boleh berlaku. Program ini telah dijalankan selama satu jam bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka minda kepada pengguna agar lebih berhati-hati dan tidak mudah ditipu apabila sesuatu pinjaman ditawarkan atau diiklankan. Seramai empat orang peserta telah menyertai program kali ini. Pada akhir program, peserta lebih jelas dengan pinjaman tidak wujud untuk tidak menjadi mangsa yang seterusnya. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka manfaat dan pendedahan untuk menjadi pengguna yang lebih baik di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.