Pandemic COVID-19 And Beyond - Strategic Management For Hospitality Business Survival
4 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 Julai 2021, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Taib Andak telah mengikuti satu webinar anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) yang bertajuk ‘Pandemic Covid-19 and Beyond Strategic Management For Hospitality Business Survival’. Program ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Hotel UITM Shah Alam, Dato Mohd Onn Rashdi Abd Patah dan dibantu oleh Encik Fikri Hanif bin Muhamad sebagai Moderator. Para peserta yang terlibat telah didedahkan dengan cabaran dunia perniagaan ketika pandemic Covid-19 bagi seorang peniaga. Program ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Tujuan program ini adalah untuk membincangkan isu berkaitan dengan cabaran dalam dunia perniagaan semasa wabak pandemik Covid-19. Dalam perbincangan ini, mereka menghuraikan isu dan jalan penyelesaian terutama dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pengurusan.
Pada akhir program, peserta mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana cara untuk kekal dalam dunia perniagaan walaupun menghadapi wabak pandemik Covid-19. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat membantu lebih ramai lagi komuniti yang terjejas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: