Pembukaan Semula PI Felda Taib Andak Selepas Tempoh PKP
14 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2020, Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah beroperasi semula selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 18 Mac 2020 sehingga 09 Jun 2020. Pusat Ekonomi Digital (PI) telah ditutup sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan kawalan pergerakan di seluruh negara diperketatkan. Pada 07 Jun 2020 kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020.
Berikutan pengumuman itu pihak pengurusan PI Felda Taib Andak akan beroperasi semula dengan mengikut Standart Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Antara SOP PI ialah menjaga penjarakan sosial sekurang nya satu meter, pemakaian penutup mulut dan hidung (face mask) dan pemakaian hand sanitizer. Pihak pengurusan PI Felda Taib Andak berharap pandemik Covid-19 berjaya ditangani dengan segera dan kita semua dapat kembali menjalani rutin harian seperti biasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: