Bengkel Masakan (Membuat Nugget)
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2020 , Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah mengadakan Bengkel Masakan (Membuat Nugget). Selama Program ini berlangsung peserta diberi tunjuk ajar tentang bahan dan cara membuat nugget. Program ini telah dijalankan selama dua jam bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 1.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam membuat nugget menggunakan bahan yang ringkas.
Selain itu, dengan aktiviti ini, hubungan silaturrahim dapat dieratkan. Seramai lima orang peserta telah menyertai bengkel kali ini. Pada akhir program, peserta dapat mempelajari cara membuat nugget yang ringkas. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan ilmu yang dipelajari dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: