Kelas Asas Menaip Bahagian 1 Sesi 4
11 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Menaip Bahagian 1 Sesi 4 telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 10 Jun 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Kelas Ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta mengenal papan kekunci, cara-cara menaip dengan betul dan tips untuk menaip dengan pantas. Para peserta diberi latihan mengenai pengenalan papan kekunci. Selain itu, permainan interaktif berbentuk “typing-games” turut dilakukan untuk mengasah kemahiran mereka mengenal kedudukan huruf di papan kekunci. Permainan ini mempunyai markah dan tiga markah yang tertinggi diberikan hadiah. Kelas ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenalpasti kedudukan huruf di papan kekunci untuk menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: